Carian
Proton Pertimbang Untuk Teroka Pembangunan Kereta Yang Dikuasakan Hidrogen
December 15, 2023 Aman

Proton kini berkongsi menyatakan mereka sedang mempertimbang dan teroka pembangunan kereta yang dikuasakan oleh tenaga hidrogen. Apa pun, ia masih tertakluk kepada beberapa perkara, termasuk kekangan teknologi, permintaan, pelaburan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, Proton kini dilihat lebih memfokuskan kepada pasaran kenderaan elektrik terlebih dahulu. Sebelum ini, ia dikatakan kereta elektrik Proton mungkin hadir seawal 2025 kelak – selari dengan perancangan kerajaan untuk meningkatkan kereta elektrik di pasaran.

Pada hari ini, penggunaan petrol sebagai bahan bakar kereta adalah amat memudahkan pengguna – dan isian semula boleh dilakukan dengan pantas. Namun, ia membawa kepada beberapa persoalan tambahan termasuk kadar lepasan karbon dan adakah ia mesra alam atau sebaliknya.

Namun, untuk penggunaan kereta elektrik cabaran adalah masa pengecas yang lebih lama – sekaligus memerlukan perancangan tambahan untuk perjalanan yang jauh menggunakannya.

Penggunaan tenaga hidrogen mungkin boleh menyelesaikan masalah berkenaan. Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan eksplorasi Proton dalam penggunaan tenaga baharu untuk menguasakan kenderaan pada masa akan datang.

Komen