Pemproses baharu Intel Core-Ultra telah dilancarkan secara rasmi baru-baru untuk kegunaan komputer riba dengan teras AI terbina. Selari dengannya pelbagai pengeluar juga dilihat tidak ketinggalan hadir dengan komputer riba baharu yang dijana pemproses berkenaan termasuklah MSI.

Melaluinya sebanyak tiga model diumumkan yang terdiri dengan MSI Prestige 16 AI Studio, MSI Prestige 16 AI Evo dan Prestige 13 AI Evo. Ketiga-tiganya juga dilengkapi gabungan tubuh yang kompak dan versatil, dalam masa sama memberi fokus terhadap penggunaan produktiviti kerja harian.
Bermula dengan MSI Prestige 16 AI Studio dan Prestige 16 AI Evo, kedua-duanya mempunyai pilihan paparan OLED UHD+ (384X2400) dan IPS QHD+ (2560 X 1600) sebesar 16-inci. Sebagai tambahan ia juga menawarkan nisbah aspek 16:9, gamut warna DCI-P3 dengan 100% SRGB dan kecerahan puncak 400nits.

CPU digunakan pula sehingga Intel Core Ultra 9 185H bersama memori 32GB LPDDR5 RAM dan storan berasaskan NVMe M.2 SSD PCIe Gen4 x4. Kemudiannya digabung juga dengan piliha GPU Intel Arc Graphics pada MSI Prestige 16 AI Evo. Sementara itu Prestige 16 AI Studio pula dilengkapi GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070.
Terdapat juga dua pembesar suara terbina, kamera web HD penuh dan bateri 99.9Whr dengan pengecasan 140W disertakan. Pelbagai pilihan I/O juga diberikan yang termasuk Thunderboltâ„¢ 4 / DP/ USB Type-C. 1 x USB 3.2 Gen2 Type-A, 1 x SD pembaca kad, 1 x HDMI dan 1 x RJ45.

MSI Prestige 13 AI Evo pula menggunakan skrin OLED sebesar 13-inci yang bernisbah aspek 16:10. Ini digabung pula dengan pilihan CPU sehingga Intel Core Ultra 7 Processor 155H, memori 32GB LPDDR5 RAM, dan storan NVMe M.2 SSD by PCIe Gen4 x4.
Bateri 75Wh digunakan boleh dicas semula menggunakan pengecasan 65W. Selain itu ia juga menawarkan kamera web HD penuh, dua pembesar suara terbina dan pilihan I/O yang merangkumi 2 x Thunderbolt 4, 1 x USB 3.2 Gen1 Type-A, 1 x HDMI 2.1, 1 x pembaca kad mikroSD, 1 x Kensington Lock.

Harga jualan bermula pada $1,049 (~RM4,896) untuk MSI Prestige 13 AI Evo. Sementara itu MSI Prestige 16 AI Evo bermula $1,399 (~RM6,530) dan MSI Prestige 16 AI Studio pula boleh didapati pada $1,899 (~RM8,864).