Cari @ Amanz

Selepas dua bulan Nothing Phone (2) menguji Nothing OS 2.5 berasaskan Android 14 dan dua versi diedarkan kepada pengguna, malam tadi versi stabil mula diedarkan kepada semua secara berperingkat. Versi stabil menerima beberapa ciri dan fungsi tambahan yang cukup menarik.

Versi stabil ini adalah Nothing OS 2.5.1 dengan saiz 210MB jika sedang menggunakan versi beta dan sekitar 2GB untuk pengguna Android 13. Berikut adalah senarai log perubahan (changelog) yang ditawarkan dalam kemas kini ini;

  • Kustomasi
    • Laman kustomasi skrin utama dan kunci skrin diberi nafas baharu.
    • Gambar latar belakang ada ciri suntingan baharu.
      • Kesan Atmosphere dengan pergerakan dinamik diperkenalkan
      • Penuras kaca baharu
      • Warna tegar menjadi pilihan baharu gambar latar.
      • Tema monokrom Android 14 stok diberikan.
  • Glyph Interface:
    • Glyph Progress kini menyokong Google Calendar, lampu bergerak untuk 5 minit.
    • Glyph Timer kini menyokong preset masa.
    • Glyph Timer boleh diakses di kunci skrin tanpa dinyahkunci.
    • Penggunaan NFC kini menghidupkan lampu Glyph.
    • Ciri Flip to Glyph lebih baik.
  • Gestur:
    • Tekan dua kali butang kuasa kini boleh dikustomasi.
    • Kunci skrin kini boleh menambah; Do Not Disturb, Mute, pengimbas QR, rakaman video.
    • Tangkapan layar dengan tatalan tiga jari.
    • Tangkapan layar kini ada ciri suntingan lebih baik.
  • Kemas kini sistem:
    • Aplikasi cuaca ditambahbaik dengan sistem notifikasi lebih lancar.
    • Rekaan anak panah gestur kembali menggunakan rekaan Nothing.
    • Antaramuka kawalan laras suara lebih kemas.
    • Talam notifikasi kini menyokong lebih banyak ikon akses pantas.
    • Kamera lebih stabil.
    • Keseluruhan sistem lebih stabil.
    • Tampalan sekuriti November 2023.
  • Widget baharu:
    • Widget Pedometer: Menjejak langkah perjalanan harian, tetapkan sasaran harian, ada animasi orang berjalan sebagai indikasi.
    • Widget Media Player: Memaparkan muzik atau video yang sedang dimainkan.
    • Widget Screen Time: Urus dan pantau penggunaan skrin harian.

Penggunaan widget baharu memerlukan pengguna mengemaskini Nothing Launcher di Play Store. Kemas kini Nothing OS 2.5.1 akan diedarkan secara berperingkat dengan pengguna beta menerimanya terlebih dahulu barulah pengguna biasa. Tahun hadapan, Nothing OS 3.0 pula akan diperkenalkan dengan rekaan serba baharu. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd