Nothing Phone (2a) mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat selepas animasi sistem glyphnya telah tertiris ke arena web. Peranti ini akan menjadi yang pertama keluaran Nothing yang menggunakan cip MediaTek menurut sumber maklumat. MediaTek 7200 menjadi pilihan dan ia adalah di dalam kelas yang sama dengan Snapdragon 7 Gen 3.
Panel lampu glyph pada panel belakang Nothing Phone (2a) berbeza dengan yang digunakan di Phone (2a) kerana lebih kecil. Dapat juga dilihat peranti akan turut menggunakan di kamera di bahagian belakang. Rekaan corak di belakang juga tidak sama dengan dua peranti Nothing terdahulu. Gelung pengecas nirwayar tidak kelihatan.
Dengan rekaan peranti telah tertiris, besar kemungkinan Nothing Phone (2a) akan dilancarkan di acara MWC 2024 pada bulan Februari nanti. Sejak dari awal Nothing tidak pernah menawarkan peranti kelas pertengahan. Phone (2a) jika dipasarkan pada harga yang mampu milik mungkin akan mendapat sambutan orang ramai.