Arab Saudi bukan sahaja ingin mengubah imej mereka sebagai negara padang pasir dengan tompok minyak menjadi destinasi pelancongan dunia menerusi projek mega taman tema serta bandaraya canggih NEOM. Selain itu menerusi pelaburan pada beberapa syarikat permainan video, Saudi juga ingin menjadi pusat esukan dunia.
Oleh itu Daerah Permainan dan Esports Qiddiya telah diumumkan di Bandar Qiddiya dengan sebuah arena khusus untuk esukan bakal dibina. Rekaan arena ini telahpun diperlihatkan dengan ia boleh menempatkan 5,155 penonton. Di dalam arena terdapat barisan skrin gergasi terbesar dunia pada bahagian bumbung yang boleh menunjukkan aksi permainan di skrin atlet kepada penonton.
Yang menjadikan pengalaman menonton acara esukan di dalam arena ini menarik ialah terdapat sokongan kerusi 4D. Teknologi haptik membolehkan penonton melihat, mendengar dan merasai sendiri aksi di skrin. Rekaan dalaman arena ini menerima sentuhan firma senibina Populous yang mempunyai pengalaman menghasilkan rekaan acara esukan dan juga stadium untuk Tottenham Hotspurs.