Carian
Spotify Gunakan AI Untuk Menjana Senarai Main
December 18, 2023 Amy Maizuraa

Penggunaan AI kian semakin meluas sekaligus mampu menjadikan sebuah mesin mampu bertingkah laku seperti manusia. Dua bulan lepas Spotify telah membangunkan ciri berasaskan AI untuk menjana sesuatu senarai main dengan prom khusus. Terkini sebilangan pengguna dilaporkan telah boleh menggunakan ciri tersebut.

Memetik sumber ia boleh diakses menerusi tab Your Library dengan menekan butang (+) di sebelah kanan atas untuk mencipta senarai baru. Tidak lama selepas itu muncul satu pop-up dengan pilihan baharu AI Playlist, yang kemudiannya boleh digunakan untuk menaip prom bagi meminta cadangan daripada aplikasi untuk senarai main yang unik.

Misalnya seperti memainkan muzik yang menyedihkan atau menyeronokkan. Sebagai pilihan juga boleh menggunakan pilihan senarai yang telah disediakan. Sebaik sahaja selesai membuat pilihan ia memerlukan beberapa saat untuk menjana senarai main yang dimahukan.

Masih belum jelas mengenai ketersediaannya tetapi Spotify juga mengesahkan bahawa kebolehan itu masih diperingkat ujian kecil setakat ini.

Komen