Cari @ Amanz

WhatsApp Status Kelak Boleh Terus Dikongsi Ke Instagram

Link Copied!

Wujud segelintir dalam pengguna kita hari ini yang menjadikan WhatsApp Status sebagai medium untuk meluahkan perasaan sama ada gembira, sedih hinggalah marah. Fungsi tersebut juga telah ditambah baik dari masa ke semasa supaya bersifat lebih interaktif.

Terbaharu mana-mana WhatsApp Status kelak boleh terus dikongsi ke Instagram secara automatik. Penambahan ini sekaligus melengkapkan kebolehan perkongsian ke Facebook sedia ada. Dalam masa sama turut mampu menjadi cara untuk menjangkau khalayak lebih besar.

Tangkap layar dikongsi menunjukkan fungsi ini akan muncul sebaik sahaja status dimuatnaik. Jelas boleh dilihat ikon Instagram tersebut berada di tengah-tengah antara ikon Facebook dan kongsi. Sebagai tambahan pengguna turut diberi pilihan untuk mematikan fungsi tersebut menerusi tetapan aplikasi.

Ia bagaimanapun masih di peringkat pembangunan yang masih belum jelas mengenai pelancaran rasmi kepada umum. Apa yang pasti ia semestinya akan menerima penambahbaikan sebelum dilancarkan dalam versi penuh kelak.

Sumber – WABetaInfo

Komen ()