Cari @ Amanz

Pembelajaran dalam talian bukanlah sesuatu yang baharu pada era dunia yang semakin bersifat digital. Malahan sudah menjadi alternatif menarik dalam usaha mencapai kejayaan pendidikan tanpa batas. Maxis eKelas merupakan salah satu inisiatif yang disasarkan bagi tujuan berkenaan melalui pelbagai aktiviti dan kempen cukup menarik.

Berkongsi lebih lanjut program komuniti utama Maxis tersebut kini boleh diakses melalui portal DELIMa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sekaligus membolehkan pengguna log masuk ke eKelas dengan mudah hanya menggunakan ID DELIMa masing-masing. Kemudahan ini dianggap menarik kerana mampu menjadi cara yang berkesan untuk menjangkau khalayak lebih besar. Pada masa sama pengguna juga mendapat faedah di mana perkhidmatan disediakan kini lebih efisien.

Melalui Maxis eKelas pelajar bukan sahaja boleh mengakses pelbagai kandungan pembelajaran percuma yang termasuk bengkel dan webinar. Tetapi mereka juga berpeluang menyertai pertandingan bercerita dalam bahasa inggeris dan memohon geran pelajar Anugerah Gemilang eKelas. Sehingga kini lebih 95,000 pengguna telah berdaftar dengan Maxis eKelas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd