Carian
Maxis Melanjutkan Kerjasama Jalur-Lebar Bersama TM Sehingga 2029
December 20, 2023 Aman

Maxis kini mengumumkan mereka telah memeterai perjanjian kerjasama dengan TM, sekaligus melanjutkan perjanjian kerjasama perkhidmatan premium jalur-lebar berkelajuan tinggi sehingga 30 Jun 2029 kelak.

Dengan langkah kerjasama ini, ia sekaligus membolehkan Maxis menawarkan perkhidmatan jalur-lebar mereka kepada lebih banyak premis berbanding menggunakan rangkaian mereka sahaja.

Untuk makluman, pihak Maxis dan TM telah mempunyai perjanjian kerjasama untuk perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi ini untuk tempoh lebih dari 10 tahun.

Komen