Cari @ Amanz

Realme C67 4G dilancarkan secara rasmi di Indonesia dengan sebilangan fungsi yang semestinya berbeza dengan versi 5G sedia ada. Dari aspek rekaan tubuh masih rata sepenuhnya dengan gabungan panel hadapan berlubang dan bonggol agak tebal di belakang. Ia juga boleh didapati dalam dua pilihan warna seperti Sunny Oasis dan Black Rock.

Untuk spesifikasi peranti dilengkapi skrin LCD 6.72″ beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ini digabung pula dengan cip Snapdragon 685, memori 6GB RAM dan storan 256GB terbina. Bateri 5000mAh disertakan dengan sistem pengecasan pantas 33W. Selain itu kamera utama 108MP + 2MP dan swafoto8MP turut melengkapinya.

Harga jualan di India bermula IDR 2,599,000 (~RM779) (8/128GB) dan IDR 2,999,000 (~RM899) (8/256GB). Kalau diikutkan peranti dengan kod nama Realme C67 didapati telah tersenarai di SIRIM. Namun masih belum pasti sama ada ianya untuk variasi 4G atau 5G.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd