Carian
Huawei MatePad Pro 13.2 Dan MateBook D 16 Turut Boleh Dipratempah Bermula Hari Ini
December 20, 2023 Amy Maizuraa

Selain Huawei FreeClip, komputer riba dan tablet baharu daripada jenama ini turut boleh dipratempah bermula hari ini. Pembelian untuk Huawei D 16 didatangkan dengan hadiah menarik bernilai RM2,144, sementara itu Huawei MatePad Pro 13.2″ pula menyediakan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,145. Harga jualan rasmi bagaimanapun masih lagi dirahsiakan pada waktu ini.

Untuk spesifikasi Huawei MateBook D 16 menggunakan skrin sebesar 16″ dengan resolusi 1920 X 1200 piksel. Pilihan pemproses pula sehingga Intel Core i9-13900H bersama GPU Intel Iris Xe, selain juga memuatkan bateri 70Wh dengan pengecasan 65W. Pilihan I/O disediakan pula meliputi port USB-C, USB-A (USB 2.0), USB-A (USB 3.2 Gen 1) dan HDMI 1.4.

Seterusnya Huawei MatePad Pro 13.2″ pula dilengkapi skrin OLED 13.2″ dengan resolusi 2880 X 1920 piksel dan kadar segar semula 144Hz. Selain itu bateri 10,100mAh dimuatkan juga menyokong pengecasan 88W. Kemudian kamera utama terdiri dengan 13MP + 8MP ultra lebar dan swafoto 16MP + ToF.

Komen