Warner Brothers bergabung dengan Discovery sementara Disney bergabung pula dengan 20th Century Studio. Penggabungan dilakukan bagi membolehkan kandungan penstriman yang lebih eksklusif ditawarkan kepada pengguna pada waktu yang sama menyekat ia diberikan kepada pesaing. Terkini Warner Bros Discovery dilaporkan dalam perbincangan untuk bergabung pula dengan Paramount.
CEO Warner Bros Dicovery David Zaslav telah melakukan pertemuan dengan CEO Paramount Bob Bakish pada Selasa lalu menurut sumber bagi membincangkan penggabungan syarikat. Menerusinya CNN dan CBS boleh bergabung menjadi saluran berita yang besar. Kandungan filem serta siri TV HBO, Warner Brothers dan Parmount juga boleh digabungkan memberikan pilihan yang lebih pelbagai kepada pelanggan platform Max dan Paramount+ yang turut boleh disatukan.
Perang penstriman di Amerika Syarikat pada waktu ini dimenangi oleh Netflix dengan Disney+ di tempat kedua. Sungguhpun begitu Disney+ masih belum mencatatkan keuntungan kepada Disney walaupun selepas melakukan pelaburan yang lepas. Platform Max kini membebankan Warner Bros Discovery sehingga memaksa mereka menawarkan kandungan pada platform pesaing.