Oppo Find X7 telah pun tertiris dengan bonggol kamera berbentuk oktagon yang gergasi. Berdasarkan imej tertiris, peranti ini akan mempunyai lima sensor dua periskop, satu sudut lebar, satu sudut ultra lebar dan satu yang misteri. Baru-baru ini Oppo China telah mengesahkan kewujudan peranti ini melalui Weibo, menyatakan Find X7 akan menggunakan sensor Sony LYT-900.
Sony LYT-900 adalah sensor bersaiz 1-inci yang dikatakan menawarkan hasil HDR yang lebih cantik, kualiti mod malam yang lebih baik serta kemampuan kamera yang lebih berkuasa. Sensor tambahan lain dikatakan adalah 50MP dengan Find X7 mungkin akan mempunyai dua model iaitu yang biasa serta yang Pro atau Ultra.
Buat masa ini butiran peranti masih tidak jelas, tetapi dijangka akan dijana Snapdragon 8 Gen 3, menggunakan skrin AMOLED LTPO, menyokong pengecasan pantas SuperVOOC serta menjalankan sistem operasi ColorOS berasaskan Android 14. Find X6 tidak dilancarkan untuk pasaran global, sama-sama kita nantikan penawaran Find X7 pula.