Carian
Apple Watch Generasi Baharu Akan Menggunakan Tali Jam Bermagnet
December 21, 2023 Fahim Zahar

Tahun 2024, Apple dijangka akan memperkenalkan rekaan baharu untuk Apple Watch memandangkan ia adalah generasi ke-10 jam tangan pintar ini. Ia mungkin akan menggunakan nama Apple Watch X. Antara perubahan paling besar yang dipercayai akan dilakukan adalah pada rekaan tali jam.

Apple telah menggunakan sistem sambungan tali jam yang sama sejak tahun 2015 lagi. Ia menggunakan sistem klip dan cangkuk tetapi sambungan ini memakan ruang yang banyak yang menghalang bateri lebih besar digunakan. Oleh itu sistem sambungan tali jam menggunakan magnet pula dipercayai akan digunakan.

Masih kurang jelas bagaimana Apple akan memperkenalkan sistem magnet yang kuat untuk tali jam yang bersaiz agak kecil. Adakah masih menggunakan magnet Neodinium seperti pada teknologi MagSafe atau akan ada inovasi baharu? Sama-sama kita nantikan.

Komen