Cari @ Amanz

WhatsApp dilaporkan bakal muncul dengan ciri perkongsian muzik untuk panggilan video menerusi kemaskini akan datang. Ciri yang dinamakan sebagai Share Music Audio tersebut akan menyediakan kebolehan berkongsi audio muzik semasa panggilan video menggunakan pilihan perkongsian skrin.

Ciri ini juga dikatakan tidak terhad kepada muzik sahaja, bahkan sebarang jenis audio termasuk video yang dimainkan turut boleh didengar oleh pengguna lain dalam sesi panggilan video yang sama. Pun begitu akses ini hanya tersedia untuk panggilan video aktif sahaja yang bermakna tidak boleh dimanfaatkan untuk ciri panggilan suara atau video yang dimatikan.

Ia bagaimanapun masih di peringkat pembangunan yang masih belum jelas mengenai pelancaran rasmi kepada umum. Apa yang pasti ia semestinya menerima penambahbaikan sebelum dilancarkan dalam versi penuh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd