Carian
Vivo X100 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Januari 2024
December 21, 2023 Fahim Zahar

Siri vivo X100 adalah peranti mercu fotografi baharu vivo yang dilancarkan di China bulan lepas. Peranti ini telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi dan hari ini vivo Malaysia memberitahu ia akan tiba pada 3 Januari 2024.

Imej yang dikongsi vivo menujukkan petanda X100 X100 Pro akan ditawarkan. Apa yang pasti setakat ini , vivo X100 Pro akan tiba ke pasaran tempatan kerana vivo Malaysia mengacah kehadiran peranti dengan sensor 1-inci Sony IMX989. Memori pula adalah 16+16 GB RAM dengan storan dalaman 512GB. Sebelum ini pada siri X90, kedua-dua model ditawarkan di Malaysia.

Peranti ini akan dijana dengan cip Dimensity 9300 dengan bateri Blue Volt berkapasiti 5400mAh. Di China, vivo X100 boleh didapatkan pada harga bermula sekitar RM2582 sementara vivo X100 Pro 16/512 GB berharga sekitar RM3550. Sama-sama kita nantikan butiran lanjut pelancarannya di Malaysia.

Komen