Carian
ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM4,499
December 22, 2023 Amy Maizuraa

Komputer riba ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) baharu kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga jualan RM4,999 (Intel Core Ultra 5 125H) dan RM5,999 (Intel Core Ultra 7 155H). Bagi yang berminat ketersediaanya melalui pengedar sah ASUS di seluruh Malaysia dengan pilihan Ponder Blue. Sementara itu warna Foggy Silver pula dikatakan tiba kemudian tanpa tarikh rasmi yang didedahkan.

ASUS Zenbook 14 OLED Ponder Blue

Untuk spesifikasi komputer riba ini mempunyai paparan OLED 3K (2880×1800 piksel) sebesar 14″ dengan kadar segar semula 120Hz. Sebagai tambahan ia juga menawarkan nisbah skrin-ke-badan 87%, kecerahan puncak 550 nits dan gamut warna sRGB 100%.

ASUS Zenbook 14 OLED Foggy Silver

Terdapat juga kamera FHD dengan penutup fizikal, sistem audio Harmon Kardon/DolbyAtmos dan bateri 75Wh yang boleh dicas melalui pengecasan 65W. Pilihan I/O disediakan pula termasuk 2 x Thunderbolt 4 Type-C, 1 x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1 x HDMI® 2.1 (TMDS) dan bicu audio 3.5mm.

Komen