Cari @ Amanz

Xiaomi merupakan nama yang tidak asing dalam penawaran telefon pintar dan beberapa aksesori lain seperti gelang tangan pintar dan produk rumah pintar. Sebelum ini, Xiaomi turut sedia mengumumkan penubuhan bahagian khusus untuk pembangunan kereta elektrik pintar, yang dijangka dipasarkan seawal 2024 kelak.

Terbaru, CEO Xiaomi mengumumkan mereka akan berkongsi pelancaran teknologi kereta elektrik dibawah Xiaomi secara rasminya minggu ini, pada 28 Disember ini.

Kita berkemungkinan besar akan mendengar berkenaan pelbagai integrasi teknologi dan kecerdasan buatan yang akan disertakan oleh Xiaomi pada kenderaan elektrik akan datang mereka. Sebelum ini sendiri, beberapa gambar telah tertiris memperlihatkan rekaan awal kenderaan berkenaan.

Dengan memasuki pasaran kereta elektrik, Xiaomi akan bersaing bukan sahaj dengan Tesla, tetapi juga beberapa jenama lain tempatan di China, termasuk BYD.

Sama-sama kita nantikan hari Khamis ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan penawaran kenderaan oleh Xiaomi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd