Carian
Siri Honor Magic6 Akan Diperkenalkan Di China Pada Januari 2024
December 26, 2023 Amy Maizuraa

Kemaskini baharu Honor menunjukkan bahawa terdapat sebuah acara telah dijadualkan berlangsung di China pada 10 dan 11 Januari 2024. Acara ini menjadi pentas utama pengenalan produk dan sistem operasi baharu mereka dalam usaha meningkatkan kualiti serta fungsi sedia ada. Ini termasuklah barisan peranti mercu baharu Honor Magic6 dan kemaskini utama pada MagicOS 8.0 (berasaskan Android 14).

Menariknya lagi mengenai pengumuman itu adalah Honor melakukan kelainan dengan menyediakan variasi Porche Design. Di samping turut membuat peningkatan yang ketara secara keseluruhannya pada peranti. Honor masih merahsiakan butiran khusus mengenai produk tetapi ia dijangka boleh dikongsi dari semasa ke semasa.

Komen