Carian
Prime Video Mula Paparkan Iklan Januari Depan – Malaysia Terselamat
December 27, 2023 Effi Saharudin

Amazon umumkan mereka akan mula memaparkan iklan antara kandungan mereka bermula 2024 pada September lalu. Hari ini mereka mengesahkan bermula 29 Januari, iklan akan dilihat pelanggan Prime di Amerika Syarikat. Bagi pelanggan yang tidak mahu menonton sebarang iklan, bayaran tambahan $3 sebulan akan dikenakan.

Ini menjadikan Prime Video platform penstriman video terakhir di Amerika Syarikat menawarkan paparan iklan pada platform mereka. Taktik ini jelas berjaya buat Netflix dan Disney+ yang mencatatkan peningkatan pelanggan selepas pelan dengan sokongan iklan diperkenalkan tahun lalu. Majoriti pelanggan baharu sanggup menonton iklan diselitkan antara kandungan semata-mata untuk yuran langganan yang lebih murah.

Bagaimana pula dengan pelanggan Prime Video di Malaysia? Pada ketika ini anda tidak perlu risau kerana Amazon hanya merancang menawarkan iklan di Amerika Syarikat, UK, Jerman, Kanada, Perancis, Itali, Sepanyol, Mexico dan Australia secara berperingkat. Disney+ Hotstar dan Netflix juga belum menawarkan pelan dengan sokongan iklan mereka di negara kita.

Komen