Carian
Honor Mengacah Kehadiran Peranti Boleh Lipat Baharu Di Malaysia Pada Januari 2024
December 27, 2023 Amy Maizuraa

Honor dilihat dalam persediaan hadir dengan penawaran baharu untuk segmen peranti boleh lipat di Malaysia. Mereka juga masih cuba merahsiakan tentang model peranti tersebut dan hanya didedahkan pada 3 Januari 2024.

Namun memetik kapsyen disertakan mengesahkan peranti itu boleh dilengkapi tubuh nipis dan ringan yang bermakna boleh dikaitkan dengan Magic V2. Hal ini memandangkan ia adalah peranti skrin boleh lipat terkini Honor paling nipis dan ringan setakat ini.

Seperti biasa sama-sama nantikan kemaskini lebih lanjut daripada Honor berhubung perkara ini. Untuk rekod kami juga pernah menerbitkan artikel pandang pertama peranti tersebut untuk bacaan bersama yang boleh memberi gambaran awal tentang ciri-ciri disediakan.

Komen