Cari @ Amanz

Honor secara rasminya mengumumkan bahawa peranti mercu siri Magic6 baharu akan mempunyai sokongan komunikasi satelit. Teknologi dikenali sebagai Honor Satellite Communications itu dibangunkan sendiri oleh syarikat, dan dikatakan mampu menjadi penyelesaian lebih baik untuk pengalaman komunikasi dua hala yang lancar.

Melaluinya ia memberi tumpuan khusus kepada beberapa perkara yang termasuk antena lebih kecil, sambungan lebih pantas dan penggunaan kuasa yang rendah. Sekaligus boleh menjadi penyelesaian yang konkrit dalam menangani masalah berkaitan saiz antena, ketahanan panggilan dan pengalaman komunikasi.

Gambar sekadar hiasan – Honor Magic5 Pro

Hasilnya dijangka membawa manfaat yang amat besar kepada pengalaman komunikasi satelit yang bukan sahaja stabil bahkan cepat tenaga. Butiran lanjut semestinya didedahkan di pentas utama dalam acara yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2024.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd