OnePlus Buds Pro 2 adalah TWS terbaik tahun ini. Ia menyokong pembatalan hingar aktif yang sangat baik, audio ditala Dynaudio yang enak lebih-lebih lagi dengan sentuhan Hans Zimmer, putik telinga selesa dan sokongan LHDC membenarkan audio resolusi dimainkan membuatkan saya terperangkap dalam dunia isolasi sendiri. Tahun hadapan, OnePlus nampaknya akan melancarkan penggantinya pula.
TWS baharu ini adalah OnePlus Buds Pro 3. Setakat ini ia hanya disahkan akan dilancarkan untuk pasaran China. Dua warna akan ditawarkan iaitu biru dan hitam, mirip warna OnePlus 12R yang bakal dilancarkan nanti. TWS mercu baharu OnePlus ini turut memperkenalkan kawalan laras suara baharu dengan sentuhan.
OnePlus Buds Pro 3 turut kekal ditala oleh Dynaudio, menyokong ANC yang lebih baik, kekal menyokong spatial audio serta hadir dengan tambatan pantas Google Fast Pair. Jika Buds Pro RM799, Buds Pro 2 RM869 – adakah Buds Pro 3 akan berharga lebih RM900? Sama-sama kita nantikan.