Cari @ Amanz

IQOO mengumumkan penawaran dua peranti baharu di bawah siri Neo. Ianya terdiri dengan Neo9 dan Neo9 Pro yang mempunyai banyak persamaan ciri tertentu. Perbezaan pula hanya terletak pada cip pemproses dan konfigurasi kamera utama.

Melaluinya peranti dilengkapi skrin AMOLED 1.5K sebesar 6.78″ dengan kadar segar semula 144Hz. Diikuti juga dengan kemampuan paparan sehingga 1.07 billion warna, nisbah ke badan 93.43% dan HDR.

Selanjutnya cip Snapdragon 8 Gen 2 digunakan pada Neo9 sebagai tunjang utama, sementara itu Neo9 Pro pula dijana cip Dimensity 9300. Pilihan memori disediakan pula sehingga 16GB RAM dan storan mencapai 1TB. Kemudian bateri 5160mAh disertakan menyokong pengecasan pantas 120W.

Seperkara lagi yang membezakan peranti ialah kamera 50MP Sony IMX920 VCS (OIS) + 50MP ultra lebar digunakan pada Neo9 Pro. Sementara itu variasi standard pula dilengkapi kamera utama 50MP (OIS) + 8MP ultra-lebar. Kamera swafoto bagaimanapun pun sama sahaja iaitu 16MP.

Kedua-dua peranti dijual di China dengan harga bermula RMB2999 (~RM1,943) untuk Neo9 dan meningkat kepada RMB3299 (RM2,138) untuk variasi pro. Tiada butiran mengenai penawarannya di Malaysia namun anda masih boleh mendapatkan peranti tekini IQOO 12 yang dijual pada RM3,399.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd