Cari @ Amanz

vivo X Fold3 dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2024. Dengan siri vivo X100 telah menggunakan cip Dimensity 9300, X Fold3 dikatakan akan menjadi telefon lipat terawal dengan cip Snapdragon 8 Gen 3. Peniris terkenal, Digital Chat Station baru-baru ini telah mendedahkan sedikit spesifikasi peranti ini.

Vivo X Fold3 akan menggunakan skrin OLED LTPO 2K dengan kadar segar semula 120Hz. Peranti turut akan menyokong pengimbas nadi bawah skrin jenis ultrasonik, menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan nirwayar 50W serta akan menggunakan rekaan nipis seakan peranti siri X mereka yang lain.

Butiran kamera masih tidak jelas, tetapi dijangka vivo akan menggunakan sensor 50MP daripada Sony LYTIA. vivo X Fold3 mungkin akan menggunakan konfigurasi tri-kamera mungkin kekal dengan Zeiss. Menurut ura-ura, peranti ini akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2024. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd