Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lalu jualan Apple Watch Ultra 2 dan Apple Watch Series 9 diharamkan di Amerika Syarikat oleh ITC selepas Apple didapati bersalah melanggar paten oksimeter milik Masimo Corp. Apple segera mengemukakan rayuan yang membolehkan kedua-dua model dijual semula semalam. Tetapi ini sekadar langkah sementara.

Bagi mengelakkan pengharaman berlaku lagi jika rayuan ditolak, Apple akan memberikan kemas kini watchOS yang akan mengelakkan pelanggan paten daripada terus berlaku. Tempoh rayuan hanya membenarkan jualan dilakukan sehingga tiga minggu sahaja maka dipercayai kemas kini akan diberikan sekitar 12 Januari apabila tempoh ini tamat.

Proses melakukan rayuan di ITC secara lazimnya mengambil masa sehingga 1.5 tahun yang boleh merugikan Apple kerana dua model jam tangan pintar terkini mereka tidak boleh dijual. Lebih merisaukan sekiranya pengharaman kemudian dikenakan juga ke atas Series X dan Ultra 2.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd