Cari @ Amanz

Siri Microsoft Surface agak tenggelam sejak tiga tahun kebelakangan ini kerana tidak ditawarkan dengan inovasi yang boleh menarik minat pembeli. Tetapi menurut laporan Windows Central, pada awal 2024 ini dua model Surface Laptop dan Surface akan dilancarkan dengan penekanan kepada ciri AI yang diintegrasikan secara lebih menyeluruh.

Kedua-dua komputer riba akan ditawarkan dengan cip Intel Core Ultra dan Qualcomm Snapdragon X Elite yang kedua-duanya dilengkapi teras AI terbina. Ini membolehkan komputer Windows 11 hadir dengan AI terbina yang kemudiannya memproses terus pada peranti tanpa perlu disambungkan kepada internet. Ciri ini sudahpun mula ditawarkan pada Pixel 8 Pro dan beberapa model peranti Android China dengan pengenalannya pada PC akan berlaku tahun depan tidak terhad kepada Surface.

Hala tuju produk Surface mengalami perubahan tahun ini dengan jumlah produk yang dikurangkan. Panos Panay meninggalkan Microsoft secara mengejut beberapa minggu sebelum produk dilancarkan dan kemudian menyertai Amazon. Mungkin tahun depan produk lebih selari dengan keperluan pasaran dapat ditawarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd