Cari @ Amanz

Nothing dijangka akan melancarkan Nothing Phone (2a) di acara MWC Barcelona 2024 akan datang. Ia merupakan telefon kelas pertengahan pertama Nothing dengan cip MediaTek Dimensity 7200 serta kamera 50MP baharu. Bukan itu sahaja, peranti ini turut akan mengekalkan ciri lampu Glyph dengan rekaan baharu yang lebih minimalistik.

Carl Pei baru-baru ini mengesahkan yang tahun baru, 2024 – tahun di mana telefon baharu Nothing akan dilancarkan.

Beliau tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai telefon baharu ini selain mengacah gambar yang jelas sekali kelihatan seakan Aerodactyl, iaitu makhluk seakan naga di dalam francais Pokémon. Bagi yang tidak tahu, di dalam Phone (1) terdapat easter eggg Pokémon disertakan. Perkongsian Carl Pei ini masih samar-samar sama ada peranti khas kolaborasi dengan Pokémon atau untuk Nothing Phone (2a).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd