Cari @ Amanz

Honor telah menjadualkan sebuah acara pengenalan produk baharu yang termasuk telefon pintar siri Magic6 pada minggu hadapan. Enggan terus berteka-teki Honor berkongsi secara terbuka reka bentuk rasmi untuk peranti itu menerusi perkongsian terkini di Weibo.

Poster Honor Magic6

Nampaknya binaan tubuh tidak banyak berubah dengan bahagian sisi dibulatkan untuk keselesaan ketika dipegang. Perubahan kecil dilakukan oleh Honor pada bonggol kamera yang kini lebih persegi berbanding sebelum ini.

Di dalamnya terdapat tiga sensor disediakan dengan salah satunya menyokong telefoto periskop. Diikuti juga dengan sebuah lampu flash dan mungkin pengesan 3D ToF diletakkan bersama. Bonggol itu juga diletakkan di tengah-tengah membuatkan rekaan peranti nampak stabil dan simetri.

Gambar sekadar hiasan – Honor Magic5 Pro

Rona hijau sekali lagi menjadi pilihan Honor terutamanya dalam menghiasi segenap ruang panel belakang. Kemudian kemudian digabungkan pula corak abstrak pada sudut tertentu bertujuan memberi kesan lebih menarik.

Panel hadapan tidak pula diperlihatkan dalam perkongsian yang sama. Namun ia pernah tertiris sebelum ini dengan skrin berlubang untuk peletakan kamera hadapan. Segala persoalan pastinya terjawab selepas pelancaran rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd