Cari @ Amanz

Siri terbaharu Oppo Reno akan ke pasaran Malaysia pada 11 Januari 2024. Peranti berkenaan bagaimanapun boleh dipratempah lebih awal dengan deposit serendah RM11.

Bagi yang berminat pratempah dibuka sehingga 10 Januari 2024. Diikuti juga dengan hadiah bernilai RM576 untuk Reno11 Pro sementara itu RM527 pula untuk Reno11 5G. Ini termasuk baucar rebat bernilai RM100 yang diberi menerusi Live Chat pada 10 Januari nanti.

Fokus utama turut didedahkan di laman rasmi dengan harga jualan yang dirahsiakan. Gambaran awal tentang rekaan peranti juga telah kami kongsi menerusi salah satu artikel sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd