Cari @ Amanz

Harga jualan peranti kelas premium sejak lima tahun kebelakangan ini membuatkan ia semakin sukar dimiliki oleh orang kebanyakan. Ramai yang sanggup menanti selepas setahun semata-mata untuk membeli peranti mercu tahun lalu pada harga yang lebih mampu milik. Menurut Counterpoint, pada tahun 2023 Apple iPhone memegang 71% pasaran telefon pintar premium.

Samsung di tangga kedua dengan 17% diikuti oleh Huawei (5%), Xiaomi (2%), Oppo (1%) dan pengeluar-pengeluar lain (4%). Walaupun Apple jauh di hadapan, pegangan iPhone sebenarnya menyusut daripada 75%. Secara keseluruhan segmen peranti premium ialah peranti yang dijual pada harga lebih $600 sebuah. Berbanding tahun lalu, pasaran ini berkembang 6% dengan lebih sepertiga daripadanya adalah peranti berharga lebih $1000.

Masih terdapat untuk peranti premium walaupun ekonomi dunia masih lebih belum pulih sepenuhnya daripada pandemik. Seperti kami laporan semalam, pengeluaran peranti lipat meningkat juga tahun lalu dengan lebih 16 juta unit terjual.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd