Cari @ Amanz

Honor Magic V2 telah dilancarkan di China pada Julai tahun lalu. Ia juga dipasarkan sebagai peranti skrin boleh lipat paling nipis yang hanya setebal 4.7mm dan dalam kedudukan tertutup pula kira-kira 9.9mm. Dengan mudah memintas Mate X3 dengan ketebalan 5.3mm dan 11.8mm. Sementara itu Galaxy Z Fold 5 pula pada ketebalan 6.1mm dan 13.4mm.

Buat mereka yang mengharapkan berita baik dapat diumumkan Honor mengenai ketersediaannya di Malaysia. Kini boleh bergembira apabila peranti itu sah memasuki pasaran tempatan. Cuma persoalan lebih tertumpu pada tarikh pelancaran yang masih dirahsiakan buat masa ini.

Honor Magic V2 dikatakan lebih ringan dan nipis berbanding model terdahulu. Bagi menjayakannya Honor telah memuatkan pelbagai inovasi serba canggih yang termasuk engsel titanium ringan, bateri karbon dibangunkan sendiri, sistem penyejukan VC bionik ultranipis dan ruang antenna lebih kecil.

Honor juga masih berteka-teki mengenai spesifikasi khusus. Sekiranya sama dengan peranti sebelum, ia boleh dilengkapi skrin OLED 120Hz, cip Snapdragon 8 Gen 2, sensor utama 50MP, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 66W.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd