Komputer riba dwi-skrin ASUS pada tahun ini dijangka lebih fleksibel. Malah dilihat secara jelas bahawa ia boleh menawarkan rekaan seperti sebuah Lenovo Yoga Book 9i yang menggunakan dua skrin penuh. Bermakna ia boleh kelihatan seperti dua tablet yang disambungkan dengan engsel tanpa papan kekunci fizikal khusus.

Pendekatan ini sangat berbeza dengan beberapa peranti dwi-skrin ASUS sedia ada namun dijangka lebih selesa digunakan dalam segala kerja harian. Ianya juga lebih praktikal untuk digunakan berbanding ASUS Zenbook Pro 14 Duo OLED sebelum ini.

Butiran lanjut masih samar-samar buat masa ini namun tagline DUO AI EXPERIENCES memberi gambar Cip Intel Core Ultra baharu boleh digunakan padanya. Pengenalannya kelak boleh menjadi antara produk menarik di pentas utama CES 2024 yang akanĀ berlangsung dalam beberapa hari lagi.