Carian
Monitor Dell Ultrasharp Baharu Hadir Dengan Skrin 40″ 5K
January 5, 2024 Effi Saharudin

Selain mengemaskini siri Dell XPS, monitor Dell Ultrasharp juga dikemaskini dengan U4025QW yang hadir dengan skrin 40″ OLED serta resolusi 5K (5120 x 2160 pixel) 120Hz. Menurut Dell, U4025QW  ialah monitor 5K pertama dunia yang melepasi piawaian menjadi kesihatan mata TUV Rheinland.

Skrin Dell UltraSharp U4025QW melengkung tetapi melepasi piawaian 99% warna DCI-P3. Menerusi sambungan Thundrbolt 4, sebuah komputer boleh disambung dan pada waktu yang sama boleh dicas dengan kuasa sehingga 140W. Terdapat juga input HDMI 2.1 dan DisplayPort 1.4 untuk sambungan yang menyokong kadar segar semula tinggi. Empat lagi port USB-A dengan RJ45 turut disertakan bagi membolehkan monitor ini digunakan sebagai hab untuk pelbagai aksesori komputer.

Sekiranya Dell UltraSharp U4025QW dirasakan terlalu besar, Dell UltraSharp U3425WE turut ditawarkan dengan skrin 34″ dan resolusi lebih rendah WQHD resolution. Model ini menyokong sambungan kuasa USB-C sehingga 90W sahaja. Harga jualan Dell UltraSharp 40 Curved Thunderbolt Hub Monitor (U4025QW) ialah $2400 (~RM11,160) sementara Dell Ultrasharp 34 Curved Thunderbolt Hub Monitor (U3425WE) pula ialah $1400 (~RM6510) bermula Februari di pasaran tertentu.

Komen