Cari @ Amanz

Microsoft WordPad diperkenalkan pada Windows 95 sebagai perisian yang membolehkan membuka fail doc, .rtf, dan juga .txt. Sokongan WordPad telah dihentikan sejak September 2023 dan kini Windows Insider Blog mengumumkan kemas kini baharu Windows 11 akan membuang WordPad sepenuhnya.

Buat masa ini, WordPad hanya akan dibuang dalam Windows 11 Insider build 26020. Selain WordPad, aplikasi kenalan People turut akan dibuang. WordPad bukan sekadar dibuang tetapi Microsoft turut tidak membenarkan pengguna memasangnya kembali. Perisian menaip yang berusia 29 tahun ini akhirnya menemui ajal.

Bagi mereka yang masih menggunakan WordPad, semak semula fail anda dan ubah ke format lain yang masih disokong Windows 11 seperti *.pdf, *.docx dan lain-lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd