Carian
Lazada Dilaporkan Membuang 20% Tenaga Kerja Malaysia – Termasuk CEO Malaysia
January 6, 2024 Aman

Lazada kini dilihat terus mengoptimasikan operasi mereka dan mengurangkan kadar perbelanjaan. Selari dengannya, mereka telah memulakan tahun 2024 dengan mengurangkan tenaga kerja mereka di sejumlah pasaran, termasuk di Malaysia.

Mengikut laporan TheEdge, satu perlima dari tenaga kerja Lazada di Malaysia telah dibuang, iaitu sekitar 20% tenaga kerja syarikat berkenaan. Mengikut laporan sama, CEO Lazada Malaysia turut dikatakan telah dibuang.

Selain Malaysia, sejumlah pasaran lain turut terkesan, dimana Lazada turut telah menamatkan LazMall di Vietnam. Pembuangan ini boleh dikatakan agak mengejutkan ramai, memandangkan Lazada baru sahaja menerima suntikan pelaburan baru Alibaba pada Disember 2023 lepas, berjumlah RM3 bilion.

Arena edagang boleh dikatakan agak mencabar dalam mengekalkan pengguna kekal setia dengan mereka. Pada hari ini sendiri, selain Lazada, pihak Shopee juga menerima saingan sengit oleh TikTok yang dilihat menjadi pilihan ramai kebelakangan ini.

Komen