Cari @ Amanz

Menerusi Aspire Vero dua tahun lalu, Acer menawarkan komputer riba yang dihasilkan menggunakan bahan kitar semula. Di CES 2024, Aspire Vero 16 telah diumumkan dengan penambahbaikan pada spesifikasi dan menggunakan 60% bahan binaan kitar semula yang bersamaan dua kali ganda yang digunakan pada Vero asal.

Ia dilengkapi skrin 16-inch WQXGA (2560 x 1600) nisbah 16:10 dengan terdapat juga model dengan skrin WUXGA tetapi sokongan sentuhan. Cip sehingga Intel Core Ultra 7 dipadankan dengan memori 16GB LPDDR5, storan sehingga 2TB PCIe Gen 4 SSD dan bateri sehingga 10.5 jam sekali caj. Papan kekunci dilengkapi butang khusus untuk Copilot serta ia turut boleh menjalankan model AI secara terbina kerana penggunaan cip siri Intel Core Ultra.

Bukan sahaja tubuh diperbuat daripada bahan kita semula, pad sesentuh juga menggunakan kaca OceanGlass kitar semula. Terdapat juga dua port USB-C Thunderbolt 4 dan HDMI 2.1 untuk sambungan aksesori tambahan. Melengkapkan tema mesra alam, bungkusan Vero 16 boleh dikitar semula 100% selepas digunakan. Acer Aspire Vero 16 (AV16-51P) akan mula dijual pada bulan Mac pada harga bermula $750 (~RM3485) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd