LG telah memperlihatkan beberapa prototaip TV skrin lutsinar mereka di CES sejak beberapa tahun yang lalu. Teknologi ini bukan baharu tetapi tidak sedia ditawarkan kepada orang ramai hinggalah hari ini menerusi LG Signature OLED T.

TV pintar webOS ini mempunyai skrin 77″ OLED lutsinar yang dwi-mod. Pertama sekali ialah mod lutsinar atau tembus yang membolehkan objek di bahagian belakang dilihat tidak seperti TV konvensional. Mod kedua pula meletakkan skrin belakang berwarna hitam yang membolehkan Signature OLED T digunakan seperti TV biasa dengan kualiti visual yang lebih baik.
Menerusi sistem Zero Connect Box, TV ini hanya memerlukan satu sahaja kabel kuasa. Input kotak TV, dan konsol permainan video boleh dilakukan secara nirwayar menerusi Zero Connect Box. Pada ketika ini maklumat mengenai keterangan maksimum atau sokongan Dolby Vision tidak diumumkan. Sistem audio juga sekadar sepasang speaker yang menembak ke bawah.

Di CES, LG menunjukkan Zero Connect Box dengan para-para khas dengan tempat simpanan barang. Namun begitu LG masih belum mengetahui sama ada mereka ingin menawarkan TV ini para-para ini. Tarikh serta harga jualan turut akan hanya diumumkan di kemudian hari.