Cari @ Amanz

Selepas Intel berhenti menawarkan komputer mini NUC, ia diambil alih oleh ASUS. Di CES komputer mini ROG NUC telah diumumkan dengan ia bersaiz kecil tetapi mempunyai kemampuan yang tinggi. Ia hadir dengan pilihan antara cip Intel Core Ultra 7 atau Core Ultra 9. Kemudian terdapat pilihan untuk GPU NVIDIA GeForce RTX 4060 atau RTX 4070.

Kesemua ini dimasukkan ke dalam kerangka sekecil  270 x 180 x 50 mm sahaja. Namun begitu ia masih hadir dengan output HDMI 2.1a, DisplayPort 1.4, Thunderbolt 4 / USB4 Type-C, USB 3.2 Gen 2, USB 2.0, dan Intel Killer™ WiFi 6E AX1690i. ROG NUC boleh digunakan dengan sistem operasi Windows 11 ataupun Linux.

Kerana ia sebuah komputer Republic of Gamers, ia turut hadir dengan sistem lampu RGB pada bahagian sisi. Pada ketika ini masih tiada maklumat bila ia akan dijual serta harga.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd