Carian
Nearby Share Secara Rasmi Diubah Ke Quick Share Pada Semua Peranti Android
January 10, 2024 Effi Saharudin

Google hari ini mengesahkan ciri perkongsian fail Nearby Share pada peranti Android dan Chromebook berubah ke Quick Share yang dibangunkan oleh Samsung. Pengumuman dilakukan oleh Google di acara CES pagi tadi.

Turut disahkan ciri Quick Share turut akan mula ditawarkan pada PC dengan LG adalah syarikat pertama yang akan menggunakannya. Ciri Nearby Share dan Quick Share adalah sama sahaja iaitu sistem perkongsian fail secara nirwayar seakan AirDrop pada peranti Apple. Ia menggantikan ciri Fast Share yang digunakan selama ini. Menurut Google lagi semua peranti Android yang pada waktu ini menggunakan Nearby Share akan menerima kemas kini ke Quick Share bermula bulan hadapan.

Komen