Carian
Sistem Matter Casting Diumumkan Untuk Menyiarkan Kandungan Dari Telefon Ke TV
January 10, 2024 Effi Saharudin

Amazon melancarkan sistem Matter Casting yang digunakan untuk menyiarkan kandungan pada telefon pintar ke televisyen ataupun skrin pintar. Ia adalah sistem terbuka yang menggunakan protokol Matter bagi menawarkan ciri seakan Apple AirPlay dan Google Cast.

Pada waktu ini Matter Casting hanya menyokong siaran daripada peranti Android dan iOS ke peranti FireTV dan Echo Show 15. Antara aplikasi yang menyokong Matter Casting ialah Prime TV dengan ia turut akan tiba ke Plex, Pluto TV, Sling TV, STARZ, dan ZDF menjelang penghujung tahun.

Sebelum ini telah dilaporkan Amazon sedang membangunkan piawaian baharu untuk menyeragamkan ciri menyiarkan kandungan dari peranti pintar ke TV dan skrin pintar. Dengan semua pengeluar peranti utama dunia bersetuju menyokong piawaian Matter, sokongan Matter Casting pada peranti selain Fire TV pastinya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Komen