Cari @ Amanz

OpenAI hari ini telah membuka gedung chatbot mereka GPT Store untuk orang awam. Di dalam gedung ini semua chatbot dibina oleh rakan OpenAI atau komuniti. Antara yang ditawarkan adalah chatbot berasaskan GPT serta yang berasaskan DALL.E.

Menurut OpenAI, setiap chatbot di GPT Store ini menawarkan kemampuan berbeza seperti menjana imej, untuk kajian, untuk pengaturcaraan, pendidikan, gaya hidup dan banyak lagi. Jumlah GPT yang telah dibangunkan sejak GPT Store diumumkan dikatakan telah mencapai lebih 3 juta.

Seperti App Store dan Play Store, GPT Store turut akan mencadangkan chatbot baharu setiap minggu berdasarkan populariti dan jumlah muat turun. Sempena pembukaan, AllTrails, Consensus, Code Tutor, Canva, Books dan CK-12 Flexi ditawarkan secara percuma. Untuk mengakses GPT Store, seseorang itu haruslah melanggan ChatGPT Plus, Team atau Enterprise.

Setiap pembangun yang menyenaraikan chatbot masing-masing turut akan menerima bayaran berdasarkan jumlah penggunaan. OpenAI masih tidak mendedahkan kadar bayaran dan pada sama turut menggalakkan orang ramai membangunkan chatbot GPT tersendiri kerana dikatakan tidak memerlukan pengetahuan pengaturcaraan pun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd