Netflix Games adalah idea Netflix untuk menambah sumber pendapatan. Dengan harga langganan yang ditingkatkan di beberapa negara, mereka ingin menawarkan pakej langganan yang berbaloi. Selain kandungan video, permua pula menjadi pilihan dengan sasaran setiap permua tiada iklan dan tiada belian dalam aplikasi.
Tahun 2021, sebanyak 5.2 juta permua Netflix Games dimuat turun. Tahun 2022 pula 28.7 juta muat turun dan tahun lepas buat pertama kali dilaporkan jumlah muat turun Netflix Games meningkat 180% dengan 81.2 juta di App Store dan Play Store. Sebanyak 56% sahaja adalah daripada suku keempat 2023 dengan tiga permua GTA menjadi penarik perhatian.

Kini terdapat 89 Netflix Games boleh dimainkan dengan 90 lagi akan tiba dalam masa terdekat. Netflix kini bukan sekadar menawarkan permua berdasarkan IP mereka sendiri tetapi turut mempunyai permua asli dan dilesenkan daripada pembangun lain. Dengan populariti semakin meningkat, sasaran Netflix untuk hadir dengan platform penstriman permainan pasti boleh menjadi realiti.