Carian
Kerusi Gaming Razer Iskur V2 Baharu Dilancarkan Secara Rasmi
January 11, 2024 Amy Maizuraa

Razer Iskur V2 telah dilancarkan secara rasmi sebagai kerusi gaming baharu. Ia juga menjadi pengganti kepada Iskur asal yang diumumkan pada 2020. Dalam masa sama turut dibuat khas untuk keselesaan penggunaan dalam tempoh yang lama.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah kerusi ini dilengkapi sokongan lumbar yang boleh laras dan adaptif 6D. Ciri ini boleh menyesuaikan ketinggian kerusi dengan berat dan poster semula jadi tulang belakang pengguna.

Dari segi bahan binaan, ia menggunakan High Density PU Molded Foam yang juga dibalut dengan kulit sentetik grade UPE pada keseluruhan permukaan kerusi. Diikuti juga bahagian belakang yang boleh disandarkan sehingga 175 darjah dan lapik tempat tangan yang boleh dilaras sepenuhnya.

Terdapat juga kusyen leher dan kepala diletakkan jika diperlukan, kemudian berat yang disokong pula sehingga 136kg. Iskur 2 dijual pada $650 (~RM3,018) dengan pilihan warna Black dan Green.

Komen