Pada minggu ini, Menteri Komunikasi telah mengumumkan tiada lagi caj tambahan untuk mengakses rangkaian 5G oleh syarikat telekomunikasi. Lanjutan daripadanya, kini SKMM berkongsi lanjut dan menyokong usaha berkenaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengumumkan mereka akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan telekomunikasi mematuhi komitmen yang telah dinyatakan oleh menteri.
Selari dengannya, sekiranya terdapat sebarang caj akses 5G tambahan yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi, para pengguna diminta untuk salurkan aduan berkenaan dengannya melalui Portal Pengguna MCMC.