Cari @ Amanz

Hari ini tiga telefon pintar baharu Poco akan dilancarkan. Semasa membentangkan Poco X6 Pro, mereka mengesahkan ketiga-tiga peranti yang dilancarkan hari ini menjalankan sistem operasi baahru Xiaomi HyperOS. Secara tidak langsung menjadi peranti global Xiaomi pertama dengan sistem operasi ini.

Fail sistem Xiaomi HyperOS pada Poco X6 Pro hanya memakan storan sekitar 8GB berbanding MIUI 14 sebelum ini yang mencapai 11GB. Bukan itu sahaja, sistem turut cukup bijak membuang cache sendiri agar peranti sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Poco turut menjanjikan ciri dan fungsi terbaik untuk peranti-peranti mereka dengan HyperOS dengan membawakan kemas kini yang konsisten.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd