Carian
Call of Duty: Warzone Mobile Kini Boleh Dimuat Turun Di Malaysia
January 12, 2024 Effi Saharudin

Kepada peminat Call of Duty, permua terkini Call of Duty: Warzone Mobile kini akhirnya boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan iOS di Malaysia. Permua ini diumumkan pada tahun 2022 dengan ia kemudian dilancarkan dalam mod ujian Beta di beberapa negara sahaja seperti Australia, Chile, Norway, dan Sweden.

Sebelum ini Activision Blizzard telah mendedahkan Warzone Mobile akan dilancarkan pada penghujung 2023. Seperti COD Mobile, Warzone Mobile menawarkan pengalaman Call of Duty yang selama ini hanya diberikan pada konsol serta PC di peranti pintar mudah alih. Dengan ini ketagihan bertarung di arena Battle Royale boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Tetapi dengan pelancaran Warzone Mobile di Malaysia ia turut memulakan detik COD Mobile akan dihentikan kerana ini ialah perancangan Activision Blizzard yang telah disahkan sebelum ini. Muat turun Call of Duty: Warzone Mobile menerusi Google Play Store dan Apple App Store menerusi pautan di bawah.


Komen