Cari @ Amanz

Apple HomePod Mini pada tahun 2020 tetapi ia hanya dipasarkan di negara yang mempunyai Apple Store sahaja membuatkan peminat ekosistem Apple di Malaysia hanya mampu menggigit jari. Tetapi semalam HomePod Mini muncul dalam pangkalan data SIRIM yang merupakan petanda terawal ia akan mula dijual secara rasmi di Malaysia.

Dengan Apple Store pertama Malaysia dijangka dibuka di TRX pada bulan Februari ini, kami jangkakan HomePod Mini turut akan mula dijual pada bulan yang sama. HomePod mini ialah speaker pintar sebesar 3.3″. Untuk audio, ia menggunakan satu pemacu utama, dua radiator pasif bagi menawarkan audio 360 darjah. Lebih menarik, Apple turut menyertakan cip Apple S5, untuk menjadikan lebih pintar, tambatan kepada dua HomePod Mini untuk tetapan stereo, serta mempunyai cip Apple U1 untuk fungsi Handoff.

Apple HomePod Mini dijual pada harga $99 (~RM460) di Amerika Syarikat. Di Malaysia harga jualannya mungkin di bawah RM500 kerana melihat trend produk Apple yang kerap dipasarkan pada harga yang tidak banyak bezanya dengan harga di Amerika sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd