Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengumuman menteri sebelum ini, kini pihak Yoodo dilihat telah mengemaskini penawaran mereka, dan tidak lagi mengenakan sebarang caj untuk pas internet 5G.

Dengan langkah ini, para pelanggan Yoodo kini boleh menambah pas 5G pada langganan data mereka tanpa sebarang kos tambahan.

Sebelum ini, menteri telah mengumumkan yang mana syarikat telekomunikasi tidak lagi akan mengenakan caj untuk pas internet 5G – sekaligus membolehkan para pengguna tempatan menikmati akses rangkaian generasi baharu berkenaan tanpa mengeluarkan sebarang bayaran tambahan. Ini juga dijangka akan meningkatkan kadar penggunaan 5G di Malaysia – selari pencapaian kadar liputan melangkaui 80% baru-baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd