Aplikasi membaca berita Artifact diumumkan pada Januari tahun lalu oleh bekas pengasas Instagram Kevin Systrom. Tetap selepas setahun, Atrifact mengumumkan aplikasi mereka akan berhenti beroperasi pada penghujung Februari ini.
Systrom berkata peluang pasaran tidak cukup besar untuk menjamin pelaburan berterusan pada Artifact. Pada ketika ini pengguna tidak lagi boleh meninggalkan komen dan hantaran baharu dalam aplikasi. Yang menjadikan Artifact lain daripada aplikasi agregator berita lain ialah ia menggunakan AI untuk menulis semula tajuk yang dilabel sebagai clickbait bagi memaparkan tajuk yang lebih tepat. Pengguna juga boleh melaporkan sebarang berita yang juga dirasakan clickbait.
Systrom tidak mengatakan apakah yang akan dilakukan beliau selepas ini tetapi pasukan yang membangunkan Artifact akan dibubarkan.